Thursday, July 23, 2009

ANATARA AKU, KEREPEK DAN MUZIKAL

Dah 2 hari tidak tulis dan menjelajahi blog. Banyak pekara berlaku. Budak-budak korus mogok...tak datang latihan hanya kerana payment yang kecil. Susah jugak kalau kita berhadapan dengan persoalan.....WANGGGGG!!!! Kalau macam tu aku nak paksa Cek Kem buka booth kat lobi Istana Budaya untuk jual kerepek sebab nak cover kerugian hehehhe. Bayangkan!!!Aku pun sekarang mempunyai masalah wang....bayar down payment rumah. Tapi aku cuba berfikir secara positif....tuhan dah tentukan rezeki masing-masing. Kerja kuat dan sentiasa tenang. Insyallah akan ada. Awal bulan ada offer jadi asst director Konsert Jamal Abdillah...tapi ada masalah yang berbangkit, terpaksa tarik diri. Itupun ada orang kata aku TAMAK, kenapa aku tak boleh tamak ke untuk merealisasikan impian aku kumpul duit? Kenapa orang lain tu tak tamak ke? Mereka hanya fikir masalah mereka. Bagi aku first come first serve. Aku tamak sebab berapa sen sangatlah aku boleh dapat kalau terlalu tumpu pada satu kerja. Melainkan orang lain yang dapat job beribu-riban...lepas tu senyum sorang diri. Kerja teater memang tak berbaloi kalau nak difikirkan melainkan kalau kita dah mencapai satu peringkat yang MAHA tahu. Tak apa, yang penting aku berani dengan apa yang aku buat. Maaf...aku jadi emosional.

Kakak aku baru lepas operation....kakinya patah. Sempat aku melawat dia di Melaka walau sesibuk. Kelas di UM pun dah mula....tension jugak. Kejar-kejar masa. Tak apa...kerana itu yang aku nak. Dalam masa yang sama, aku berniaga...jual kerepek secara kecil-kecilan kepada pelajar ASWARA. Alhamdulilah...penerimaan yang agak baik. Cuma aku harap semuanya lancar dan aku mula seronok berniaga. Betullah...perniagaan adalah sumber yang mendatangkan rezeki. Sekarang ini aku sedang berusaha untuk mendapatkan tapak berniaga untuk bulan puasa, dan buka syarikat. Aku cadang nak letak nama D' nzad Enterprise. Ok x? Kak Krie pun ada telefon...suggest kat aku ambik tapak di Karangkraf. Terima kasih kak kerana tidak pernah lupakan Eijat. Doakan aku.

Kembali kepada Muzikal Tun Abdul Razak, hmmmm tak lamalah sangat. Aku agak ketar kerana masih kabur. Masih mencari-cari masa untuk menghafal dialog....memahami cerita dan watak. Dato Rahim hadir ke latihan...aku jadi malu hahhahaha. Sebelum ni aku mesra dengan dia, pernah berlakon dengan dia. Penangan dan AURA orang lama terasa lain lak. Dalam gurau dia suruh cepat hafal skrip. Aku senyum je...insyallah.
Cuma aku harap adik-adik yang terlibat sebagai korus sabar. Aku dulu dibayar Rm400-500 je. Bersyukur...lama-lama kita akan naik ke peringkat yang lain pulak. Jangan ada perasaan dengki sahaja! Cuba pelbagaikan kemahiran dalam diri dan cari peluang yang sentiasa mendatang. Sabar ya dik!!! Yang penting sekarang kita buat yang terbaik untuk ASWARA. Sekurang-kurangnya menabur hati dan budi ke atas tempat yang pernah memberikan kita ilmu, kenangan, mengukuh dan mengotakan impian kita untuk menjadi anak seni. Berbangga dengan ASWARA seperti kita berbangga dengan diri kita sendiri. Insyallah!!!!
SEMOGA BERJAYA MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK.

Sunday, July 19, 2009

MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK

Gambar-gambar ni diambil pada 18hb Julai 2009...sedang menjalani latihan teater 'Muzikal Tun Razak' yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 16-20 Ogos dan diarahkan oleh Dato Rahim Razali. Tinggal beberapa minggu lagi...rasa seram...takut...mengiggil lutut dan rambut. Sebelum ini Cek Kem offer aku jadi Stage manager atau Set Designer. Aku terpaksa tolak. Bukannya apa, otak aku dah penatlah, kelas di UM lagi. Takut tak terbawa. Aku terr gatal emosi dan perasaan untuk berlakon. Dan Cek Kem balas...."yeler jat, u dah lama tak berlakon, takut orang lupa." Lagipun u berbakat besar dalam industri seni'....perhhh ayat macam bom atom. Betul jugak. Sesekali kena asah balik skill yang dah berkarat. Lagipun dah terlalu lama aku menguruskan orang, produksi. Sesekali nak jugak datang berlenggang, bawak badan dan otak je.
Akhirnya Cek Kem tawarkan watak PENCERITA. Hmmmm macam menarik. Semasa sessi baca skrip Dato Rahim ada kata..."..jat pencerita ni kena banyak kali tukar watak, kau kena bermain dan ubah suara. Kena tukar kostum banyak kali.." Aku tersenyum cuma mampu berkata.."wow meletup". Yeler nak cakap apa lagi kan. Semua orang tergelak gembira...penuh kesyahduan heheheh ye ke? Aku akan cuba buat yang terbaik dan termampu. Hmm no mampu-mampu...MEMANG KENA!!!
Fauziah Latif akan beraksi sebagai Toh Puan Rahah manakala Rashidi akan menjadi Tun Abdul Razak. Shidi aku dah kenal...suka buat lawak jenaka di hari raya yang penuh mulia. Yeler sebelum ni aku selalu menjaga Vanida ketika latihan teater ( lupa ke, akukan SM masa Nyonya, Pinke) kira selesa juga nak berlakon sama. Fauziah Latif...ohhhh penyanyi yang aku suka. Tak sangka dapat beraksi di pentas yang sama. She's so nice. Baik percakapan, sopan dan merendah diri. Sekarang ni hanya nak meyesuaikan diri. Kadang-kadang partner yang sama berlakon penting juga supaya kita senang nak beraski, sama-sama selesa. Penolong Pengarah Rosden Suboh aku tengok dah semakin pendek hehhe stress kot. Cek Kem pula makin banyak pula gugur rambutnya...fikirkan pasal kewangan. Kema makin berisi macam bini tentera, Dboy dan team produksi makin muncung bibirnya. Yeler sekarang ni banyak sangat projek kat KL ni. Ramai yang tidak dapat hadir....ada komitmen di luar. Periuk nasi nak kena jaga jugak. Nak makan apa kan. Tak kan nak harap mak bapak lagi, masing-masing kena pandai cari duit. Bayar sewa umah, kereta, top up, belajar girlfriend, hantar kampung, bil api, air. Harap-harap masing-masing faham. Anyway WELCOME TO THE CLUB DBOYY....stress itu yang aku tak tertanggung. Apa-apa orang akan menuju ke kita...SM. Takkan nak sediakan rotan macam Mas Idayu. Pelakon tak datang rotan dia hehhe. nak garang sangat...nanti orang komplen...terlalu beremosi....nanti kuar dialog...' alah bayar ciput nak suruh orang keja macam giler babi '. Atau kalau baik sangat...orang pijak kepala. Macam kata Cik Ros.." kau kena busuk hati jat.." Entahlah...aku tak diajar jadi busuk hati, sebab bapak aku sakit dulu pun angkara orang busuk hati. Serba salah jadinya. Aku faham sebenarnya maksud Cik Ros tu. Susah sebenarnya jadi SM. Kena pandai diplomasi dan komunikasi. Tak semua orang boleh jadi SM. Tak boleh emosional kena rasional!!! Dan jangan suka berGOSSIP. Segala rahsia simpan dalam poket.

Susah sebenarnya nak tinggalkan dunia SM. Tapi kalau dah kerja 10tahun jadi SM, bayarannya tetap sama letih juga. Tak adil dunia ni, SM dah bekerja lebih dulu dari pelakon lain dan bebanannya sepuluh kali lebih berat dari orang lain. Apalah salahnya up kan payment. Aku tak cakap tentang orang lain..tapi tentang aku je. Ehhhh jadi emosioanl lak. Ok kita lupakan sekejap. Berbalik kepada Tun Razak, aku harap semuanya akan berjalan lancar dan semua orang bagi 100% komitmen termasuk aku. Moga kita berjaya merealisasikan naskah ini di atas pentas bertaraf dunia. SELAMAT DATANG MUZIKAL TUN RAZAK KE ISTANA BUDAYA.
SEMOGA BEJAYA SEMUANYA

SABAK: AQILA, EIJAT DAN HAMDAN

Semalam aku balik ke Sabak bernam...saja jalan-jalan dan ambik Hamdan. Aku bangun lewat juga. Update blog semalaman, jam 4 baru tidur. Deringan telefon menyedarkan aku, tengok sms dari aqila".....Abg ijat. Nak ikut pi blk kg abg dan...plzz!!!." Aku tak kisah, ada juga kawan untuk bercerita. Kesian dia stress sebab baru ziana zain.....putus terpaksa. Budak-budak baru nak merasa zaman bercinta. Biarlah. Adakalanya kesakitan, keperitan, kebingungan, kebencian penting di dalam hidup. Pengalaman-pengalaman itu penting bagi seorang pelakon untuk merasa dan mengalaminya. Kalau tak ada pun....hidup mesti boring...plain je. Tiada warna-warni. Putus cinta, keresahan pekara paling asas. It's ok qila...itu pekara biasa dalam bercinta. Kita patut mengalaminya. Jangan malu untuk bercerita. Yang penting sekarang analisa dan scan diri mungkin ada kekurangan. Jangan terlalu salahkan orang lain, mungkin kita pun ada persen jugak. Qila ni....dari kecil aku dah kenal. Dari budak-budak tembam dan berisi. Ingat lagi tengok dia pakai baju Korea. Cute sangat. Rasa macam nak lempang pipi dia heheheh. Aku tengok couple dia tu tidaklah teruk mana. Mungkin kedua-duanya belum bersedia. Alah cinta monyet, ungka, beruk, siamang..biasalah. Just enjoy our life. Cuma anggap kawan je...dan aku teringat kata-kata kawan baik ku yang telah meninggal Rozaimi bin Rajab ( al fatihah).......
Pesanan saya buat awk:




......kebencian orang jangan dibuat,
kesayangan orang jangan diambil......
kalau hati baik hati semua orang sayang




Rozaimi 03
Di saat ini, sokongan rakan-rakan perlu. Qila dan 'K' ( hhhmmm ala-alan Dato K heheh) pun tak perlulah melarikan diri kot. Jumpa dan bercakap, terus terang...jadikan ianya cerita lucu atau lawak jenaka...cerita purbakala atau cerita seram yang menakutkan dahi, dagu, lutut dan telinga.. .jangan kekwat. 'K' jangan pura-pura MACHO...sebab kita dah mainkan perasaan anak dara orang ok. Bukan nya kau bercinta dengan arwah OBIE (hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu heheh). 'K' pun mesti ada perasaan kan. Sekarang kita kecewakan seorang....nanti kamu akan dibalas dengan ganda kekecewaan. Kawan macam biasa, sebelum bercinta ok pulak kan. Hmmm ada setahun lagi akan bertentang muka. Semoga semuanya kembali tenang dan seperti biasa. Take care

BANGSAWAN HARIS FADILAH & SITI ZAWIYAH

Aku baru melangsaikan tugas sebagai pengarah bangsawan Haris Fadilah bertempat di Panggung Bandaraya pada 10 - 12 Julai 2009 sempena KL Festival. Alhamdulillah....relax sikit kepala. Sambutan sememangnya menggalakkan, al maklum show free. Tapi kiranya bagus juga, sekurang-kurangnya beri pendedahan kepada khalayak berkenaan bangsawan.
Diam tak diam sudah 4 kali aku mengarahkan bangsawan bermula dari Raja Laksaman Bentan yang pernah dipentaskan di Kedah, Kuantan dan akhir sekali dipentaskan di Kuala Lumpur. Terima kasih pada Encik Zakaria Ariffn yang mempercayai kebolehan aku dan team produksi. Juga kepada Cik Rosminah Tahir ( dalam diam berbisa ) yang sering mengikut perkembangan dan menegur anak-anak buah. Teringat juga akan arwah Samoza yang turut serta ketika persembahan di Kuala Lumpur. Arwah kelihatan gembira walaupun nampak sakit dan kepenatan. Tetapi tetap komited dalam tugasnya. Al fatihah untuk arwah.


Haris Fadilah pernah dipentaskan pada tahun 1997. Maknanya sudah 12 tahun skrip Haris Fadillah terperap dan kali ini dipentaskan dengan sedikit berbeza. Ini adalah arahan ke 4 selepas Menjunjung Duli Mahkota dan Raden Galoh. Kadang-kadang aku menyampah...jemu buat bangsawan tetapi kalau tak buat rasa rindu pulak. Entahlah...aku suka dengan bangsawan...total teater yang menggabungkan tarian, nyanyian, muzik dan lakonan. Bangsawan tidak terikat dengan cerita melayu...ada fantasi....ada adaptasi...seronok nak explore...( ada tak cerita hantu ke ufo ke..hmmmm y not kita try kan hahahah)

Banyak-banyak cerita, aku jatuh cinta dengan Raden Galoh....puas hati sangat dapat bereksperimen dari sudut artistiknya. Dengan bantuan Kema persembahan tersebut amat berjaya. Terima kasih juga untuk Allahyarham Samoza kerana membernarkan kami mementaskan skrip beliau. Malam kedua arwah datang melihat persembahan dan memuji persembahan kerana di luar jangkauan beliau. Asalnya skrip tersebut bukanlah skrip bangsawan. Terima kasih juga buat Cik Rosminah kerana mencadangkan kami untuk mementaskan skrip tersebut.
Berbalik kepada Harris Fadillah, persembahan ini adalah lanjutan dari penilaian akhir pelajar dan pelajar yang cemerlang akan dipilih untuk turut terlibat dalam persembahan di Panggung Bandaraya. Malangnya segelintir pelajar tidak dapat terlibat kerana mengikuti latihan industri. Sakit kepala juga...tapi mau tak mau persembahan kena jalan jugak. Terpaksalah cari pengganti. Namun tidaklah mengecewakan. Malam pertama, pelajar agak tidak selesa dan gugup di atas pentas. Tetapi masih dalam kawalan. Bahaya juga kalau mereka tidak merasa takut. Terlalu selesa juga bahaya. Hari kedua mereka mula cemerlang dari segala aspek. Masuk hari ketiga....hari yang menakutkan semua pengarah. Hari inilah lahirnya pelakon ad lib, pelakon over acting, pelakon nasi tambah. Aku sendiri pernah berlakon dan pernah buat kesilapan yang sama. Pelajar ini harus selalu diberi peringatan, kalau tidak mereka akan menjadi beruk di atas pentas. Di simpang malaikat. Hari terakhir tu memangggggggggggg geram dengan budak-budak ni. Rasa macam nak hempuk kepala, tunjuk pandai dan memandai.

Tapi alhamdulillah segalanya selesai. Tutup buku. Syabas buat semua pensyarah Jai, Rosman, Eliza, Juhara, Toemoe, Along purple, pihak pengurusan ASWARA. Juga yang terutama buat adik Syahmi yang bermulut celupar...amat komited dan beretika dalam kerjanya (cuma control temper tu heheh). Juga buat pengarah muzik, pemuzik, pelakon, tukang tukar set, tukang tukar baju, tukang solek, penyanyi, penari extra turn, krew pentas, orang teknikal, penyambut tetamu, cleaner yang bertungkus lumus dan lumut menjayakan persembahan. Dan kepada Seniman Negara Rahman B yang memberi ruang, peluang dan ilmu kepada kami. Kepada semua terima kasih daun keladi...daun kesom...daun pandan dan segala daun hehehhe. Harap-harap dapat bertemu lagi.
HIDUP BANGSAWAN!!!!!!

























































Friday, July 17, 2009


Syair Siti Zawiyah
Adakah anak semulia Zawiyah?
Wasiat ayahanda dituruti
Tidak mahu bersuami
Selagi tidak mempelajari ilmu
Bersuami

Gadis mana semulia Zawiyah
Menghambakan diri
Mengajar agama
demi mengabdi

Zawiyah dipinang lelaki
Setelah peroleh ilmu dicari
Haris Fadillah nama diberi
Putera Perenggam Cahaya
Gelaran diberi
Anak tunggal Maulana dan permaisuri

Malangnya haris
Ilmu aribah difaham sudah
Tidak hariran ilmu falakiah
Gadis pewara gedung batu
Tempat tengku beriadah
Zawiyah isteri mithali
Sopannya disalah erti
Malam pertama sudah dikasari
Namun hanya mampu tersenyum
Sepi

Permaisuri terkilan angkara anakanda
Namun Zawiyah tetap membela
Pesanan nenak tersemat di hati
Lindungi suami
Walau buruk
Cantik di hati

Ingat Zawiyah
" Kejahatan suami cuba lindungi
Makan minumnya hendaklah rapi
Jangan pandang buruk mahupun cantik
Haruslah redha...mensyukuri "

Di saat memadu kasih di malam pertama
Titah Tuanku Zawiyah pasrah
Ke Pulau Surati Haris dikerah
Walaupun sedih terpaksa berserah
4 dinar dikirim Zawiyah
Belikan AKAL jangankan tidak
Namun Haris buat tak endah

Malang haris bertimpa-timpa
Segala harta dirompak
Pesana pewara hilang dibawa
Muncul si Tua
'AKAL' dibawa
Haris terdiam
AKAL yang dibeli
Membuka pekung di hati
4 dinar dipinta
Haris hairan di hati

Zawiyah si bijaksana
Amat tinggi pengetahuannya
Timur barat selatan utara
Makna 4 dinar akhirnya disua
4 unsur wujudnya manusia
Ciptaan tuhan yang maha ESA
Haris tersedar dari lena
Runtuhlah sudah angkuh dan hina
Istana iman ada di istana
Hanya Zawiyah isteri tercinta.

Wednesday, July 15, 2009



Kuala Lumpur ....Impian dan harapan
Bombasik tak tajuk teater ni hehhehe.....memang ada....tapi ada kenyataannya. Semua orang yang hadir dan menghirup udara di KL datang dengan seribu macam keinginan, cita-cita dan mengejar impian masing-masing. Dalam pengembaraan itu bermacam halangan, rintangan, pahit maung, jerih perih dan suka duka yang terpaksa diharungi. 4 watak bercerita tentang kehidupan mereka ketika menjejaki bandar penuh liku. Kebetula Marlenny Deenerwan offer projek ni dan dengan ringan mulut aku kata YA. Ohhh kerja giler apa yang aku buat ni. Inilah masalah utama aku, sukar untuk berkata tidak. Yang menyeronokkan aku adalah team produksi yang amat bersatu (walaupun kadang-kadang pening kepala nak gabungkan 3 cerita berbeza dari 3 produksi)
Tapi ketika terima projek ni, aku fikirkan rakan-rakan juga. Berbakat tapi peluang jarang-jarang diterima. Mereka berbakat dengan cara tersendiri. Lalu aku gabungkan menjadi satu. Rosman dengan pengalamannya bekerja di petrol pam sebelum menjejakkan kaki ke Kl. Mungkin ramai tak percaya Rosman yang begitu VOGUE dan lantang kerja kat stesyen minyak. Ayooooooo!!!! Itulah sejarah yang ada manis dan pahitnya...yang menjadi dorongan untuk mencari dan memperbaiki diri. Eliza dengan rintangan dari saudara mara yang tidak menggalakkan dia untuk mencuba nasib hidup di KL: lebih gemarkan anak dara duduk di dapur. Aku pula duduk di rumah sewa bertemankan sahabat yang telah 3 hari meninggal di dalam biliknya tanpa diketahui( semoga roh arwah abang rasyid dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh dan beriman). Itulah cebisan-cebisan cerita sebelum kami mengukuhkan diri di KL. Intan dayana yang baru tamat Diplomanya....mencuba nasib untuk mengasah bakat dan mempraktikkan apa yang dipelajari sebagai pelajar teater. Cuma nasib dan peluang sahaja yang belum tiba. Insyallah sabar ya dik. Walauapapun aku bangga dengan projek ini kerana inilah kali pertama LXQ Production produce teater
Aku baru pulang dari sessi latihan teater 'Muzikal Tun Abdul Razak'. Memang penat ...seharian keluar. Tambahan pula ada kelas Puan Anne James vokal lanjutan di Um jam 12-1. Tapi taklah stress sangat sebab hanya buat relaxation. Selesai kelas aku balik ke rumah, aku dan hamdan hantar mak ke Puncak Alam untuk berniaga. Kesian mak kerja macam nak giler....beri aku dan hamdan semangat untuk teruskan cita-cita berniaga kecil-kecilan. Ialah bermula dari bawah....sabar dan tekun. Sempat juga aku ambik kerepek untuk dijual pada budak-budak ASWARA. Dah kebetulan ada latihan.....budak-budak pulak dok menanya kerepek. Kesian juga..budak-budak badan tengah nak naik. Memanglah kuat makannya. Kalau aku pun....asyik nak mengunyah je. Tak apa kami dah janji nak tolong mak...walaupun tak seberapa. Tapi insyallah sebab aku berpegang...allah dah tentukan rezeki setiap manusia. Jadi terletak pada usaha dan keyakinan kita.
Berbalik pada Muzikal Tun Abdul Razak....hmmmm aku cuak juga menggalas watak narator. baru terasa beban...hari tu gatal sangat offer nak berlakon. Terimalah kau EIJAT!!!! Sekarang ni pun curi-curi baca skrip, Um pulak dah naik semester. Bertambah tanggungjawab diri. Tapi aku cuba arrange masa. Yang penting aku suka apa yang aku buat. Lagipun dah lama tak beraksi di pentas. Asyik belakang tabir je, dah penat nak handle masa dan kerenah orang. Dah terlalu lama. sekarang aku akan buat apa yang aku suka. Hmmmm ye ker? Hehehhe susah juga kalau ianya melibatkan fulus. Tak ada kerja tak ada fulus. Tadi pun atas bantuan DBoy cuba baca dialog dalam bahasa cina...watak penterjemah. Hmmm payah gak nak menyebut...tak apa Usaha tangga jaya. Insyallah! Dorongan rakan rakan Rosman, Juhara, Eliza dan semestinya Cek Kem..aku akan kuatkan diri.
Aku kenal dunia teater dari zaman persekolahan. Masa tu tak tahu pun itu teater. Yang aku tau nak berlakon. Itu pun desakan cikgu sekolah. Semasa tingkatan 4, wakil sekolah dalam pertandingan drama-drama anti dadah anjran TV3. Memang excited giler!!!! Bukan sebab glamour ke popular ke....memang suka. Mungkin lanjutan dari kelas sastera yang pada awalnya aku tak berapa suka. Target dapat masuk kelas Sains. Tingkatan 4B sastera....aku suka kelas BM..sebab time baca cerpen je...mesti cikgu akan suruh aku baca. Yelar...bila baca kata-kata dialog, mesti dengan intonasi yang betul (sekarang baru tau pasal intonasi). Maksud aku, aku baca dengan niat dan perasaan yang betul. Dari situlah cikgu terpanggil n ajak joint kelab teater. Kebetulan vokal lantang walaupun aku tau tau apa itu projection. Yang aku tau cakap kuat-kuat. Dari sinilah bermula...lahirnya aku dalam teater.