Aku baru melangsaikan tugas sebagai pengarah bangsawan Haris Fadilah bertempat di Panggung Bandaraya pada 10 - 12 Julai 2009 sempena KL Festival. Alhamdulillah....relax sikit kepala. Sambutan sememangnya menggalakkan, al maklum show free. Tapi kiranya bagus juga, sekurang-kurangnya beri pendedahan kepada khalayak berkenaan bangsawan.
Diam tak diam sudah 4 kali aku mengarahkan bangsawan bermula dari Raja Laksaman Bentan yang pernah dipentaskan di Kedah, Kuantan dan akhir sekali dipentaskan di Kuala Lumpur. Terima kasih pada Encik Zakaria Ariffn yang mempercayai kebolehan aku dan team produksi. Juga kepada Cik Rosminah Tahir ( dalam diam berbisa ) yang sering mengikut perkembangan dan menegur anak-anak buah. Teringat juga akan arwah Samoza yang turut serta ketika persembahan di Kuala Lumpur. Arwah kelihatan gembira walaupun nampak sakit dan kepenatan. Tetapi tetap komited dalam tugasnya. Al fatihah untuk arwah.
Haris Fadilah pernah dipentaskan pada tahun 1997. Maknanya sudah 12 tahun skrip Haris Fadillah terperap dan kali ini dipentaskan dengan sedikit berbeza. Ini adalah arahan ke 4 selepas Menjunjung Duli Mahkota dan Raden Galoh. Kadang-kadang aku menyampah...jemu buat bangsawan tetapi kalau tak buat rasa rindu pulak. Entahlah...aku suka dengan bangsawan...total teater yang menggabungkan tarian, nyanyian, muzik dan lakonan. Bangsawan tidak terikat dengan cerita melayu...ada fantasi....ada adaptasi...seronok nak explore...( ada tak cerita hantu ke ufo ke..hmmmm y not kita try kan hahahah)
Banyak-banyak cerita, aku jatuh cinta dengan Raden Galoh....puas hati sangat dapat bereksperimen dari sudut artistiknya. Dengan bantuan Kema persembahan tersebut amat berjaya. Terima kasih juga untuk Allahyarham Samoza kerana membernarkan kami mementaskan skrip beliau. Malam kedua arwah datang melihat persembahan dan memuji persembahan kerana di luar jangkauan beliau. Asalnya skrip tersebut bukanlah skrip bangsawan. Terima kasih juga buat Cik Rosminah kerana mencadangkan kami untuk mementaskan skrip tersebut.
Berbalik kepada Harris Fadillah, persembahan ini adalah lanjutan dari penilaian akhir pelajar dan pelajar yang cemerlang akan dipilih untuk turut terlibat dalam persembahan di Panggung Bandaraya. Malangnya segelintir pelajar tidak dapat terlibat kerana mengikuti latihan industri. Sakit kepala juga...tapi mau tak mau persembahan kena jalan jugak. Terpaksalah cari pengganti. Namun tidaklah mengecewakan. Malam pertama, pelajar agak tidak selesa dan gugup di atas pentas. Tetapi masih dalam kawalan. Bahaya juga kalau mereka tidak merasa takut. Terlalu selesa juga bahaya. Hari kedua mereka mula cemerlang dari segala aspek. Masuk hari ketiga....hari yang menakutkan semua pengarah. Hari inilah lahirnya pelakon ad lib, pelakon over acting, pelakon nasi tambah. Aku sendiri pernah berlakon dan pernah buat kesilapan yang sama. Pelajar ini harus selalu diberi peringatan, kalau tidak mereka akan menjadi beruk di atas pentas. Di simpang malaikat. Hari terakhir tu memangggggggggggg geram dengan budak-budak ni. Rasa macam nak hempuk kepala, tunjuk pandai dan memandai.
Tapi alhamdulillah segalanya selesai. Tutup buku. Syabas buat semua pensyarah Jai, Rosman, Eliza, Juhara, Toemoe, Along purple, pihak pengurusan ASWARA. Juga yang terutama buat adik Syahmi yang bermulut celupar...amat komited dan beretika dalam kerjanya (cuma control temper tu heheh). Juga buat pengarah muzik, pemuzik, pelakon, tukang tukar set, tukang tukar baju, tukang solek, penyanyi, penari extra turn, krew pentas, orang teknikal, penyambut tetamu, cleaner yang bertungkus lumus dan lumut menjayakan persembahan. Dan kepada Seniman Negara Rahman B yang memberi ruang, peluang dan ilmu kepada kami. Kepada semua terima kasih daun keladi...daun kesom...daun pandan dan segala daun hehehhe. Harap-harap dapat bertemu lagi.

HIDUP BANGSAWAN!!!!!!
No comments:
Post a Comment